Saturday, 7 July 2012

10 Makanan Agar Kulit Mulus




1. Salad
Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan vitamin A harian kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambahkan zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah

2. Tomato 
Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

3. Strawberi
Secawan strawberi menyediakan 130 peratus vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C beerti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan vitamin c yang rendah tercenderung untuk memiliki kulit kering dan berkedut.

4. Epal
Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

5. Soya
Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan tengangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30-an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isoflavon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.

6. Telur
Lutein dan zeaxanthin dua zat yang terkandung dalam telur berfungsi mencegah kerosakan kulit akibat sinar UV. Selain itu makanan ini juga boleh membuatkan kulit lebih lembut. tegang dan lembap.

7. Almond
Makan segenggam almond setiap hari mampu meningkatkan  kadar Vitamin E, salah satu zat paling penting dalam menjaga kesihatan kulit.Vitamin ini juga membantu melembapkan kulit, sehingga mencegah berlakunya kulit kering.

8. Serbuk Coklat @ Coklat Gelap
Sebuah kajian menunjukkan, gadis yang minum setengah cawan coklat sehari memiliki kulit yang lebih bercahaya. Makanan ini juga berfungsi melancarkan aliran darah. Kajian lain menunjukkan gadis yang minum setengah gelas coklat kaya flavonoid setiap hari selama 12 minggu memiliki kulit yang lebih halus, lembut dan lembap.

9. Minyak Zaitun
Sebuah kajian menunjukkan, lemak sihat ini mengandungi asam lemak penting yang membantu kulit menahan daripada kerosakan akibat sinar UV.

10. Gandum
Roti, pasta dan gandum kaya dengan zat merupakan kunci kesihatan dan kecantikkan kulit agar sentiasa tampil menawan setiap masa.

No comments: