Friday, 6 July 2012

Kelas batal? Jangan risau!

 

 Aduh tertekannya apabila bangun awal pagi, tiba-tiba kelas dibatalkan. Takkan nak balik kolej semula untuk menyambung tidur atau menunggu kelas yang lain ? Tentu kamu akan berasa bosan kerana terpaksa menunggu lama

Tip Mengisi Waktu Lapang Apabila Kelas Batal
1. Siapkan tugasan
Apa kata kamu siapkan tugasan ataupun tugasan yang diberi pensyarah. Masa yang terluang sebegini patut diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Kelas yang kosong boleh digunakan kerana tiada gangguan untuk kamu menyiapkan tugasan. Selain siap cepat, tentu pensyarah kamu berbangga kerana mempunyai pelajar yang bijak  menggunakan masa dengan baik.

2. Perpustakaan
Alang-alang kelas dibatalkan, tentu kamu malas pulang ke kolej. Apa kata isi masa terluang tersebut dengan mengunjungi perpustakaan. Selain dapat menyiapkan tugasan, kamu juga boleh mencari bahan untuk tugasan serta meminjam buku sebagai bahan rujukan. Jangan sesekali bersikap malas dan gunakanlah kemudahan yang telah disediakan oleh universiti tempat kamu belajar.

3. Jumpa pensyarah 
Inilah masa sesuai untuk kamu berjumpa dengan pensyarah. Kebiasaannya kamu akan sibuk dengan kelas, jadi apabila peluang sudah ada di depan mata, gunakanlah dengan sebaiknya. Bertanyalah seberapa banyak perkara yang kamu tidak faham atau tidak tahu tentang pelajaran dan bukannya berbual kosong dengan teman. Lebih menguntungkan apabila pensyarah kamu memberikan tip-tip penting untuk kamu menjawab soalan peperiksaan.

4.Makmal komputer
 Sementara menunggu kelas yang seterusnya, kamu juga boleh duduk di makmal komputer.  Dapat juga kamu melayari internet sambil mencari bahan  untuk tugasan ataupun tesis kamu nanti. Dengan cara ini kamu dapat menggunakan waktu dengan sebaik mungkin.

5. Belajar berkumpulan
Selain itu kamu dan rakan-rakan juga boleh meneruskan kelas yang dibatalkan tadi walaupun tanpa pensyarah. Apa kata, kamu lantik seorang ketua yang mampu mengajar kamu dan rakan-rakan yang lain. Bincang tentang topik-topik lepas yang telah pensyarah ajarkan. Bukan itu sahaja , saat ini kamu dan teman boleh menguji minda tentang topik-topik yang telah dipelajari pada kelas yang terakhir.

No comments: