Saturday, 7 July 2012

Apabila Lelaki Mula Berjimat


1. Makan di rumah
Mereka akan sedaya upaya elak daripada makan di luar. Bukan sahaja dapat berjimat tetapi terjamin daripada segi kebersihan dan kesihatan. Tambahan pula, semua barang sudah naik harga dan yang paling terkesan adalah makanan. Bagi lelaki jikalau masak sendiri mereka sudah boleh menyimpan sedikit. Tidak kiralah sekiranya makanan yang dimasak hanya sekadar mi segera.

2.Hentian Sementara Langganan
Sekiranya sang adam seorang yang sudah berkerjaya, pasti dia akan memberhentikan langganan yang tidak berapa penting seperti majalah atau siaran televisyen berbayar. Namun apabila kamu mendapati si dia menghentikan langganan yang dianggap sebagai terlalu penting seperti keahlian gimnasium, itu tandanya mereka berada yang amat sengkek sekali.

3. Penukaran Pascabayar kepada Prabayar
Waktu bercinta tidak dinafikan merupakan saat yang dirangkumkan sebagai waktu yang habis berbelanja. Bil telefon melambung tinggi dan menelan jumlah belanja yang cukup banyak. Kini syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menyediakan pelan yang paling murah bagi pengguna prabayar. Tidak hairanlah si dia akan menukar pelan telefon semata-mata untuk terus berhubung sambil berjimat.

4. Berjenama? Tidak !
Apabila ditanya, rata-rata mereka yang menggemari barangan berjenama ini menyifatkan kepuasan dan kualiti produk sebagai alasan. Jika si dia sering menyarungkan pakaian yang diklasifikasikan sebagai produk yang mahal, faham-faham sendirilah jika si dia mula bertukar kepada barangan yang lebih murah harganya.

5. Jual barangbarang terpakai
Lelaki tidak kisah mengumpul duit semata-mata untuk membeli sesuatu barangan idaman asalkan diri berasa puas apabila memilikinya. Namun lelaki juga tidak teragak-agak untuk menjual semua barangan tersebut jika diri dihimpit masalah kewangan. Kini terdapat banyak laman sesawang yang mneyediakan medium perantaraan unutk menjual dan membeli secara online.

6. Tidak berhabis mengubahsuai kereta
Perlukah diterangkan dengan lebih lanjut? Sesetengah teruna suka berhabis hanya untuk "menghias" kereta dengan pelbagai aksesori, menukar enjin turbo, merendahkan ketinggian kereta, menganti sport rim, absorber, dan sebagainya. Sekiranya teman kamu secara tiba-tiba mengurangkan aktiviti-aktiviti sebegini, maka kamu tahulah bahawa dia sedang ingin berjimat.

7. Kurang merokok
Sememangnya cukup sukar untuk dilakukan. Sebahagian daripada mereka mememrlukan bantuan, pendirian serta ketahanan diri yang kuat untuk berjaya melaksanakannnya. Tidak menjadi satu kehairanan apabila sebahagian besar perbelanjaan lelaki dihabiskan untuk 'berasap'. Sesekali dia memperlahankan langkah, berilah sokongan yang hebat supaya mereka meninggalkan terus tabiat buruk ini.

8. Tidak galak membeli gajet elektronik
Hidup dalam zaman teknologi maklumat yang serba canggih, hampir setiap minggu telefon bimbit, tablet, gajet terbaharu memasuki pasaran. Betapa kuat daya seseorang itu, pasti sedikit sebanyak dipengaruhi keinginan untuk memiliki alatan elektronik terkini. Jika dia sesorang yang selalunya up-to-date tentang barangan elektronik dan kemudiannya berrubah, fahamilah si dia di peringkat tidak mahu membazir.

No comments: