Saturday, 7 July 2012

Menjaga kebersihan diri Cara Rasulullah SAW

Daripada segi kesihatan diri, contoh yang terbaik anda perlu ikuti adalah kekasih Allah SWT. Mencontohi Rasulullah SAW bukan sekadar ikutan sahaja, tetapi perlu memahami dan mengetahui kelebihannya daripada semua aspek.

1. Bangun pada awal pagi.
Otak manusia memerlukan oksigen yang mnecukupi untuk kekal aktif ? Cara terbaik dan mudah adalah bangun pada awal pagi dengan menghirup udara segar.

"Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji" (Surah Al-Isra' : Ayat 79)
Gas ozon (03) yang berkumpul pada awal pagi mendatangkan kesihatan pada manusia yang menghirupnya. Ia sangat berguna untuk sistem saraf dan menjauhi diri anda daripada pelbagai penyakit. badan anda akan berasa sangat cergas dan  berfikiran tajam pada waktu itu.

2. Menjaga kebersihan diri
Islam sangat menitikkan soal kebersihan diri. Rasulullah SAW sendiri mahu kelihatan suci dan rapi dengan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi setiap hari Khamis dan Jumaat. Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Memotong kuku yang panjang dapat mengelakkan pembiakan kuman E-Coli yang boleh menyebabkan cirit-birit yang teruk.

3. Makan mengikut had
Berhenti makan sebelum kenyang. Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda : Air, Udara dan Makanan. Rasululluah SAW mengingatkan umatnya supaya tidak makan sebelum lapar dan jangan makan hingga terlalu kennyang. Untuk keseimbangan badan, Nabi Muhammad mengalakkan kita untuk berpuasa sunat setiap minggu. Kelebihan berpuasa itu terlalu banyak untuk kesihatan badan terutamannya sistem badan manusia dapat berehat unutk sementara waktu.


4. Berjalan kaki
Bersenam adalah cara terbaik unutk kekal sihat. Jangan terlalu memanjakan diri dengan menaiki kerendaaan terutamanya jika tempat yang dituju terlalu dekat. Rasulullah SAW selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Baginda tidak pernah mencari alasa usia atau pun kepenatan menjalankan tugas untuk tidak menjalankan rutin hariannya itu. Ketika berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dna peredaran darah berjalan dengan lancar. Kesannnya, jantung andabergerak aktif sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung

5. Tidak pemarah
Seorang muslim yang baik mampu mengawal sifat marahnya kerana dia tahu syaitan mudah meresap ke dalam jiwa manusia yang sedang marah. Jika perasaan itu tiba-tiba hadir, bersegeralah anda mengambil wuduk bagi menyucikan dri. Lakukan juga solat sunat untuk mendapatkan ketenangan dan menghilangkan rasa gundah. Hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

6. Berfikiran positif
Bersikap positif mampu memberikan kelapangan jiwa.Selain itu, biasakan diri dengan menjadi seorang yang pemaaf kerana sifat iri hati dan marah hanya mematikan hati.Apabila anda memaafkan orang lain secara automatik, hilang segala beban yang anda tangung selama ini..

No comments: