)
Now bukan Malaysia ja ada tips kecantikan..So, apa pula negara-negara lain..
Istilah cantik bukan hanya bersandarkan pada rupa paras. Keyakinan di pentas peragaan paling menjadi ukuran.
1. JepunMenurut seorang pakar kecantikan Shalini Vadhera, camelia nut oil atau dikenali sebagai tea seed oil digunakan oleh gadis Jepun sebagai antioksidan. Minyak ini juga berguna untuk melembut dan melembapkan kulit, mengubati kulit yang terbakar dek sinar matahari, mencegah terbentuknya parut serta menguatkan kuku.
2. YunaniNegara yang terkenal dengan pelbagai mitologinya termasuklah mitologi kecantikan. Mereka menggunakan jeruk untuk menyegarkan kulit. Bukan itu sahaja, sari pati dari jeruk juga dapat membunuh bakteria yang menjadi penyebab berlakunya jerawat.
3. MesirTernyata Ratu Cleopatra tidak meninggalkan kisah cintanya saja, malah turut menyimpan pelbagai rahsia kecantikan. Cleopatra dikatakan gemar menggunakan susu dan madu untuk kecantikan pada wajahnya. Dia juga sering mandi air laut garam dan lumpur laut mati. Ratu Mesir ini percaya bahawa bahan-bahan itu dapat menjadikan kulitnya bersih dan licin serta wajahnya kekal cantik dan bersinar.
4. RusiaGadis Rusia menggunakan kopi untuk digosokkan ke kulit mereka. Ia mampu menghilangkan bau badan serta menjadikan rona kulit cerah serta bersinar
5. InggerisKamu sering minum teh? Di Inggeris , hampas dari teh dipercayai boleh menghilangkan lingkaran hitam bawah mata.
6. IndiaSinonim dgn rakyat India yang terkenal dengan rempah ratus..Bagi gadis India, kunyit tidak sekadar berguna sebagai rempah semata-mata. Rempah berwarna kuning ini juga digunakan sebagai antiseptik yang mengandungi anti inflamotori. Malah pengantin India juga sudah terbiasa untuk menggunakan campuran kunyit dan tepung buncis pada kulit mereka sebelum hari pernikahan. Campuran ini ternyata baik untuk kulit. Kunyit melengkapi khasiat pembunuh kuman manakala tepung buncis pula menyingkirkan sel-sel kulit mati serta menjaga kelembapan kulit.
credit to : Remaja
No comments:
Post a Comment