Ada kalanya kita tak dapat nak menahan diri daripada mengunyah gula-gula, coklat dan juga makanan kegemaran kita. Kita sedar bahawa makanan tu tak bagus untuk kesihatan tapi tak tahu bagaimana caranya untuk mengelakkan diri daripada makan makanan yang tidak berkhasiat..
Jadi jomlah ikuti tips2 di bawah..
Menurut Mark Gold dari University di Florida College of Medicine, untuk menghentikan tabiat susah berhenti apabila sudah kenyang, Mulakan dengan menggunakan pirng atau mangkuk yg bersaiz kecil. Jika keadaan ini berterusan, nafsu makan kamu akan berkurangan.1. Saiz kecil
2. Kurang manisGantikan gula dengan roti, biskut, dan makanan yang tak begitu manis.. Jika lidah kamu tidak biasa dgn makanan kurang manis.. sudah tentu kamu lidah tidak akan tertarik lagi dgn makanan manis-manis.
3. Ikut jadualMakanlah ikut jadual agar dapat mengelakkan diri daripada situasi ingin mengunyah. Keinginan untuk mengunyah akan muncul pada bila2 masa sahaja, jadi kamu haruslah makan secara teratur.
4. Minum air suamAmalan minum air suam seharusnya dipraktikkan kerana air suam boleh mengelakkan diri kamu daripada dehidrasi. Untuk mengembalikan kesegaran pada tubuh, cuba minum segelas air suam dan lihat sama ada kamu sedang dahaga atau lapar.
5. Jangan biar perut kosongTindakan membiarkan perut kosong dengan alasan mahu berdiet bukanlah satu tidakan yang bijak.
Malah kamu lebih cenderung memilih makanan ringan sebagai pengalas perut. Makanan ringan boleh menyebabkan punca perut kamu buncit.
6. Kunyah gula-gula getahMungkin ramai sudah tahu dengan trick ni.. Para peneliti di Australia mendapati kadar hormon stress kortisol di dalam air liur seseorang yang mengunyah gula-gula getah lebih rendah 16 peratus berbanding dengan mereka yang tidak mengunyah gula-gula getah. Kunyahlah gula-gula getah ketika kamu stress tetapi pilihlah yang tanpa gula sahaja.
7. Aktiviti sihatDengan melakukan senaman serta aktiviti sihat yang lain, ia membantu untuk mengubah biokimia dalam memperbaiki ketidakseimbangan psikologi terhadap ketagihan makanan. Sebagai contoh, ambillah masa untuk bersenam kerana ia membantu mengurangkan waktu makan kamu.
8. 20 minitKetika kamu sedang stress, sememangnya otak memerlukan masa 20 minit untuk meredakan hormon tekanan yang menjadi punca kamu lapar. Jadi, lupakan seketika keinginan untuk makan sekurang-kurangnya 20 minit. Selepas 20 minit, cube lihat sama ada kamu masih lapar atau tidak.
9. Jauhi sumber makanan kegemaranIni merupakan slah satu faktor yang agak bahaya. Jika kamu amat mengemari coklat, elakkan daripada melalui kedai ataupun tempat yang menjual makanan tersebut. Cuba alihkan perhatian kamu dengan memandang ke arah lain atau membaca sesuatu.
10. KetawaHasil penilitian menunjukkan bahawa ketawa dapat mengurangkan tekanan, melepaskan hormon endorphin dan membakar kalori ( Satu jam ketawa sama seperti kamu melakukan latihan beban selama 30 minit.
No comments:
Post a Comment