Sunday, 8 July 2012

Suara Merdu Idaman Wanita

 
Tidak perlu mengidamkan suara yang merdu, cukup setakat apa yang dikatakan jelas dan boleh difahami oleh semua orang. Namun, betulkan niat anda dahulu bahawa anda menjaga suara bukan unutk menyanyi atau pun berbangga kepada umum kerana niat yang salah ditakuti akan mendapat balasan yang setimpal.

1. Jangan merokok
Asap yang dihidu berupaya menyebabkan hakisan pada pita suara.

2. Cuaca panas
Apabila terlalu lama berada  di bawah cuaca panas, ia akan mengering sekali gus mengurangkan kualiti suara. Terlalu lama di dalam kawasan agak sejuk juga mengakibatkan kesan yang sama terutama berpunca daripada pemasangan pendingin hawa.

3. Makanan berkhasiat
Peruntukkan  makanan yang berair setiap hari terutamanya buah-buahan seperti betik, tembikai, anggur dan banyak lagi. Makanan yang mempunyai kadar air yang tinggi mampu mengurangkan risiko tekak kering dan bengkak.

4. Kawalan suara
Jangan sesekali menjerit terlampau kuat kerana dikhuatiri peti suara anda akan pecah, ia boleh mengakibatkan suara serak atau pun kehilangan suara.  Apabila batuk, jangan terlalu bersungguh-sungguh, terutama ketika rasa gatal pada tekak. Untuk meredakan keadaan, minum air kosong secukupnya.

5. Rehat secukupnya
Jangan terlalu banyak bercakap dalam sehari kerana untuk mengembalikan semula keenakkan suara , anda perlu berehat secukupnya

No comments: