)
Kewujudan pasar raya besar di kebanyakan tempat ada kebaikannya, namun keburukannya dapat juga dirasai. Slogan ' jimat apabila membeli banyak' sebenarnya hanya memerangkap pengguna yang gemar berbelanja. Oleh itu, sebelum berhasrat unutk membeli belah, amalkan dahulu beberapa tip di bawah ini.
Islam menggalakkan umatnya untuk memulakan hari dengan membaca 'bismillah'. Sebelum anda memulakan langkah memasuki pasar raya, baca dahulu doa ini yang bermaksud, " Tiada ada tuhan yang berhak disembah selain Allah, yang satu, tiada rakan lain bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan, milik-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan, Dialah yang hidup, tidak akan mati. Di tangan-Nya kebaikan. Dialah yang sangat berkuasa ke atas setiap perkara." Moga-moga perbelanjaan anda tidak akan berlaku pembaziran.1. Membaca doa
2. Catatkan HargaSebelum sampai ke kaunter pembayaran, pastikan anda mengetahui semua harga barangan yang dibeli. Catatkan harga terlebih dahulu di dalam buku nota dan semak semula pada resit yang diberikan. Kadang-kadang berlaku kesilapan harga yang tidak disengajakan. Oleh itu, berhati-hati ketika membeli belah.
3. Gunakan bakul.Bakul akan meminimumkan jumlah pengambilan barang. Sekali gus, ia membantu anda berjimat. Selain itu, anda tidak akan mengambil barang yang tidak ada dalam senarai untuk dibeli.
4.Luar musimPerancangan yang terbaik untuk membeli belah adalah apabila berada di luar musim perayaan. Ini kerana sesetengah pasar raya mengambil kesempatan ini untuk menaikkan harga kerana mengetahui orang ramai akan berpusu-pusu untuk membeli belah di saat akhir. Persediaan lebih awal digalakkan supaya anda hanya membeli beberapa barang yang tertinggal sahaja apabila tiba akhir waktu.
5. Dapatkan katalogSebelum membeli, teliti dhulu katalog pasar raya yang berkaitan. Bandingkan harga terlebih dahulu kerana setiap tempat mempunyai harga harga yang berlainan. Kadang-kadang, ada juga jualan murah dipaparkan dalam katalog. Maka, ambil peluang ini untuk menambahkan lagi penjimatan anda.
6. Bawa wang yang secukupnyaAnda dilarang menggunakan kad debit atau pun kad keredit apabila membeli-belah. Ia akan membuatkan anda berfikir unutk berbelanja lebih kerana banyak wang boleh diperuntukkan. Penggunaan wang tunai amat digalakkan. Anda akan lebih berhati-hati untuk membeli barang kerana ditakuti wang yang dibawa tidak mencukupi.
No comments:
Post a Comment