)
Adakala anda rasa tidak seronok dan lesu semasa berada di tempat kerja. Waktu pejabat dirasakan begitu lama sehingga menjadi beban yang tidak tertanggung lagi. Seminit bagaikan satu jam manakala satu jam bagaikan berjam-jam ! Mengapa? Terdapat banyak faktor yang menyebabkan keadaan sedemikian. Antaranya ialah tempat kerja melemaskan. Di sini dinyatakan tip untuk menjadikan tempat kerja umpama 'syurga' yang diidamkan.
1. Jadikan pejabat sebagai 'rumah'Dalam erti kata lain, ada suasana 'di rumah' walaupun anda berasa seperti seorang 'tebusan' yang berada di tempat asing. Sebaliknya, anda rasa selesa tenang dan berkuasa. Dengan demikian, anda akan dapat berkerja dengan lebih cemerlang dan gembira.
2. Hiasi tempat dudukAnda boleh menghiasi tempat duduk mengikut cita rasa anda. Jika anda ingin jadikannya seperti 'rumah' anda boleh menghiasinya dengan gambar-gambar ahli keluarga seperti ibu bapa dan rakan karib anda.
3. Kategori tugasan yang berlainanAda tugasan yang 'segera dan penting', 'segara tidak penting' dan 'penting tidak segera'. Anda boleh diasingkan tugasan-tugasan tersebut dalam kategori seperti 'sekarang', 'bukan sekarang', 'susah', dan 'siap' mengikut keselesaan anda.
4. Pastikan peralatan asas mencukupiJika tidak, masakan anda boleh bekerja. Antara peralatan yang biasa ada di pejabat ialah meja, kerusi, komputer, pencetak, telefon, dan sebagainya. Jika majikan tidak menyediakan sesuatu peralatan yang anda perlukan, bolehlah anda memintanya unutk menyediakan peralatan-peralatan tersebut.
5. Elakkan perkara yang melalaikanSegelintir orang meletakkan pelbagai perkakas dan melalaikan. Ini adalah tidak betul. Jangan sekali anda menampal poster-poster yang tidak sopan dan mengghairahkan di tempat duduk. Elakkan meletakkan set televisyen di pejabat, melainkan kerja anda memang memerlukannya. Elakkan 'unsur-unsur rumah yang melalaikan'.
6. Tukar tempat duduk ? Seronoknya !Adalah tidak mustahil yang anda akan dipindahkan ke tempat lain. Anda mungkin akan dinaikkan pangkat atau dipindahkan ke cawangan tertentu bagi mengisi sesuatu jawatan kosong. Dalam keadaan ini, usah anda bersedih, Anggaplah ia satu peluang unutk menimba pengalaman baru. Sekali lagi, anda diberi peluang untuk 'membina rumah' anda iaitu pejabat anda.
No comments:
Post a Comment