)
Apakah perbezaan di antara kawan dan
sahabat? Kawan boleh dikatakan rakan biasa yang boleh didapati di mana
sahaja, tetapi sahabat mempunyai maksud yang lebih mendalam. Untuk
mencari sahabat yang sejati kala susah dan senang tidaklah semudah yang
disangka.
1. SenyumSenyuman adalah satu sedekah. Apa salahnya anda melemparkan senyuman kepada sesiapa sahaja apabila terserempak dengan mereka. Senyuman dengan niat ikhlas unutk mengembirakan hati seseorang adalah lebih baik daripada anda bermasam muka dan tidak mahu bertegur sapa. Apabila anda senyum, kawan baru ini tidak akan segan silu untuk mendekati anda bagi memulakan persahabatan.
2. SeriusKetika bersembang dengan rakan baru, jangan menunjukkan reaksi terlalu serius. Ditakuti, mereka akan menganggap anda tidak mudah didekati. Orang yang bersikap serius ini kebanyakannya mudah terasa. Sudah menjadi asam garam antara dua sahabat untuk bergurau senda. Oleh itu, lupakan sebentar sikap terasa hati anda demi sahabat baru yang disayangi.
3. PeramahBukan hanya senyuman yang mampu menjalin persahabatan tetapi sikap yang mulia juga mempengaruhi ikatan yang terjalin. Sifat peramah amat digalakkan unutk anda yang ingin mendekati kawan baru. Dia akan merasakan anda mengambil berat ke atas dirinya da boleh berkongsi suka dan duka bersama. Jangan anda bersikap berlagak tanpa bertanya mengenai keadaanya. Paling tidak cukup pun sekadar bertanya khabar setiap hari. Itu sebenarnya sudah memadai bagi anda yang kurang peramah.
4. BercakapAnda belum mengetahui latar belakang kawan baru anda dengan lebih lanjut, maka ajak dia berbual terlebih dahulu. Katakan sesuatu yang berfaedah kerana tidak semua berminat mendengar kata-kata kosong. Apabila anda sudah mnegetahui minatnya, hobinya dan juga kesukaannya maka gunakan ia sebagai bonus untuk lebih mendekati kawan baru itu. Apa salahnya anda memperuntukkan sedikit masa untuk berbicara dengannya untuk mengeratkan lagi silaturrahim yang terjalin.
5. LawakTidak semua orang mempunyai kelebihan membuat lawak yang membolehkan orang lain geli hati. Namun, jika sudah namanya sahabat, lawak bagaimanapun yang anda reka pasti dai akan ketawa. Itu dinamakan sahabat. Kawan yang biasa mungkin tidak akan melayan lawak ringkas anda itu kerana kurang berminat. Tetapi sebagai permulaan persahabatan, senda gurau adalah perlu supaya lebih ceria dan kehidupan anda berdua dihiasi dengan keceriaan setiap masa.
No comments:
Post a Comment