Sunday, 8 July 2012

Tip Pilih Kasut yang Sesuai

 
Kaki merupakan anggota yang paling penting, biarpun ia terletak di bahagian paling bawah. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita menjaganya sebaik mungkin. Sehubungan dengan itu, penting unutk kita ketahui tip memilih kasut yang sesuai supaya ‘ kesihatan’ kaki tetap terpelihara.

Pastikan anda membeli kasut pada waktu petang atau malam kerana ketika itu seluruh otot kaki mengembang dan sedikit membesar. Tambahan pula, kebiasaanya pada waktu petang  kita sudah melakukan banyak aktiviti berjalan.
Sarungkan kasut pada kedua-dua belah kaki. Ini bagi memastikan kasut tidak menghimpit antara jejari kaki. Kemudian, berdiri  tegak dan cuba berjalan. Rasai keselesaannya.
Pilih kasut yang sesuai dengan aktiviti yang anda ingin lakukan. Sekiranya untuk bersukan, pilihlah kasut sukan yang sesuai
Pilih kasut yang berkusyen tebal dan diperbuat daripada bahan atau material ringan bagi meminimumkan kecederaan sewaktu melangkah.
Jangan pilih kasut yang dirasakan ketat. Meskipun ada yang berpandangan, lama-kelamaan kaki akan terbiasa, tetapi hakikatnya boleh menyebabkan kaki sakit dan yang lebih teruk mengakibatkan melecet.
Kasut yang selesa dipakai adalah kasut yang diperbuat dengan cermat  dan kemas, tapak kasut tidak terlalu tinggi dan mampu menampung kaki dengan stabil.
Jangan mudah terpedaya dengan promosi atau tawaran kasuh murah sehingga boleh mengabaikan faktor keselesaan dan ciri-ciri kasut yang diingini.
Penting untuk anda ketahui jenis material yang digunakan. Pastikan bahan buatannya boleh membenarkan kaki anda bernafas seperti kulit.
Elakkan daripada memilih kasut-kasut daripada warna terang seperti merah atau oren kerana ia akan membuatkan kelihatan lebih besar dan pendek.

No comments: